Monday 12 March 2018





GERAI JUALAN PUSAT SUMBER SEMPENA MSSD 

Pengawas Pusat sumber bersama-sama dengan ahli persatuan Pusat sumber SMKKP  baru-baru ini telah mengadakan gerai jualan semasa Kejohahanan Olahraga MSSD yang berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac 2018 bertempat di SMK Kuala Penyu. Aktiviti ini sangat bermanfaat kerana telah dapat mendidik ahli untuk mempelajari selok belok perniagaan gerai di samping dapat menambahkan tabung kewangan persatuan. Tahniah kepada Pengawas Pusat Sumber dan ahli persatuan Pusat Sumber SMKKP.