Monday 12 March 2018





GERAI JUALAN PUSAT SUMBER SEMPENA MSSD 

Pengawas Pusat sumber bersama-sama dengan ahli persatuan Pusat sumber SMKKP  baru-baru ini telah mengadakan gerai jualan semasa Kejohahanan Olahraga MSSD yang berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac 2018 bertempat di SMK Kuala Penyu. Aktiviti ini sangat bermanfaat kerana telah dapat mendidik ahli untuk mempelajari selok belok perniagaan gerai di samping dapat menambahkan tabung kewangan persatuan. Tahniah kepada Pengawas Pusat Sumber dan ahli persatuan Pusat Sumber SMKKP.





Tuesday 30 January 2018


AKTIVITI PERSATUAN PUSAT SUMBER 2018

Aktiviti Mingguan Persatuan Pusat sumber telah dijalankan pada  Rabu, 31 Januari 2018 bertempat di Bilik Bacaan Pusat Sumber Sekolah dari Jam 1.45pm hingga 4.00 pm. Aktiviti yang telah dijalan ialah:

(1) Membuat poket dan kad buku



(2) Bergotong royong membersihkan Bilik Bacaan







PROGRAM NILAM 2018 

Slot ulasan buku oleh murid selama 5 -10 minit diadakan setiap kali perhimpunan pagi hari Isnin. Slot ulasan buku pada perhimpunan pagi bertarikh 22 Januari 2018 telah disampaikan oleh Adik Alwani Amanina dari kelas 3 Alfa.


Monday 29 January 2018



Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kuala Penyu Tahun 2018

Pertandingan Nilam untuk pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Penyu bagi Tahun 2018 telah diadakan pada 23 Januari 2018 dari jam 7.30 am hingga 5.00 pm bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu. Tahniah kepada murid SMKKP , Bylynda Hazel Baljit Singh dari kelas 4 Efektif  kerana telah mendapat naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.






BENGKEL DAN TAKLIMAT NILAM 2018

Pelancaran, Bengkel dan Taklimat Buku Nilam baharu bagi tahun 2018 telah dijalankan pada tarikh 10 Jan hingga 17 Jan 2018. Bengkel dijalankan setiap hari sepanjang tempoh yang ditetapkan bermula Jam 8.00am hingga 10am  bertempat di Pusat Sumber Hussien Ahmad Bee. Kumpulan sasaran merangkumi semua Murid Ting 1 - Ting 6.





CARTA ORGANISASI PSS 2018